Jodoh Kekadang Datang Melalui Jalan Yang Tidak Diduga Selalunya Dekat Tetapi Tak Perasan


 
Assalamualaikum Blogger Cikminah..tetiba Cikminah nak meluahkan perasaan pasal jodoh...sory yeah kali ni Cikminah suka guna nama sandaran "AKU"..so Let it go pasal jodoh!

Benar, kita sendiri tidak ketahui jodoh kita sendiri, bila sudah tiba waktunya, perasaan yang begitu indah akan dirasai, dan waktu itu jugalah kau akan bersyukur gembira.

Aku tak berani lagi berkata yang aku tak bersedia untuk bernikah, benar. Selagi hajatku tak kesampaian, aku nekad tak mahu berkahwin. Tapi, kemon lah. Kita cuma hamba yang menurut perintah takdir. Jika sudah tertulisnya takdir itu, dimana jodohmu, ajalmu. Maka, tidak akan dicepat atau dilewat walau sesaat.

Haha. Benar. Aku jatuh cinta pada manusia yang aku sendiri tidak pernah kenal, dan apatah lagi jumpa. Tapi aku dah beberapa kali jumpa selepas kenal..hehe .. Tapi aku suka dengan sikapnya. Dan entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu pada dia, tak seperti dengan bekas teman lelakiku yang lain, dan lelaki yang aku kenal. Tapi aku percaya yang dia boleh bimbing aku. Aku rasa aku jatuh cinta. Bukan jatuh cinta mahu bercinta, tapi.. Aku rasa aku nak bernikah dengannya. Ah. Gila bukan? Sangat gila! Tapi islam tak menghalang pun kan, aku sudah cukup syarat untuk bernikah, islam lagi mengalakkan untuk bernikah muda. Aku tak mahu dosaku bertambah, dan aku tahu, jika aku diikat dengan tali yang sah, maka penglihatan, dan segala tuturcara aku akan terbatas, dan insyaallah, semoga aku kembali ke jalan yang sepatutnya aku lalui.

Aku tak pasti sama ada dia jodoh atau hanya dugaan, tapi aku tetap percaya kehadiran lelaki yang satu ini akan membawa suatu maksud dalam hidup aku. Sama ada baik atau sebaliknya, wallahualam. Aku tahu, mungkin kelihatan agak tergesa gesa. Well, jodoh itu datang tanpa diduga. Yang penting kita berusaha untuk jadi yang terbaik. Kita hidup tak selamanya, dosa makin bertambah jika tak dihalang, pahala makin berkurang jika tidak dicari. Aku cuma mahu lelaki yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai. Mungkin bercinta selepas kahwin kedengaran agak tak masuk akal, tapi yang mana kau akan pilih? Bercinta dapat dosa dari maksiat? Atau bercinta yang mendapat pahala? Main sorong papan dan dapat pahala?? Siapa lah tak mahu.

Aku cuma mampu berserah pada-Mu, Ya Allah. Jika benar dia jodohku, Kau rapatkan hatiku dengan hatinya ya Allah. Jika dia sekadar ujian untuk menguji aku ya Allah. Maka kau jauhkan hatiku dari hatinya. Kau rawat luka ku tatkala dia pergi kelak.

Hidup satu teka teki, cinta satu silang kata, dan segalanya penuh jawapan yang tersirat. Sama ada kita boleh menerima jawapannya atau tidak, itu sudah ditakdirkan. Terima sahajalah.
 
#semoga DIA lah jodoh yg terbaik...
# Ya Allah permudahkanlah urusanku... :)

Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

No comments:

Post a Comment