Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Amat kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan – angan  ini tenggelam perlahan – lahan.Sungguh, semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa.Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan.Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi.Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum:- iaitu harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asal  itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenang.
"Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti itu rezeki, jawatan dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan."
"Tetapi apa yang memang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita  miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya"
 Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

No comments:

Post a Comment