! Jodoh itu Rahsia !

assalamualaikum cyg2 cik minah!!!
jom ikut cik minah cerita pasal jodoh.  e.eeeee  nk ikut pn ek korang cik minah ni...okey!!! meh cik minah cite...sebenarnya, jodoh ni adalah satu rahsia Yang Maha Esa..hanya Dia sahaja yang tahu siapa jodoh kita..jadi segala ketentuan yang ada di dunia ni,Dia dah tentukan..dan  mcm yang cik minah pnh dengar cite yang kahwin jumpa jodoh dalam facebook.ada kan???korang percaya x ????caye x???caye kan???.hebatnya jodoh..tak pernah berjumpa tapi boleh disatukan...hebatnya (Dia) menentukan takdir masing-masing...dan jika kita mahu jodoh kita bersama orang yang kita mahukan,berdoalah..dan cik minah ada tertarik dengan ayat ini:-

لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ   --------> “Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa

p/s : jom2 same2 kite berdoa semoga jodoh kite bersama yang yang kita mahukan... ^_^
       hape cik minah cerita pasal jodoh ni?? belajar pon tengah tunggang terbalik ni...xpe just share....
(Share is Caring kn????)

Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

Kasih seorang bapa...(selamat hari bapa)

 Wahai2 kawan2 cik minah...

Apakah kita selalu ingat tentang Ayah kita?
Apakah kita selalu mendo'akan Ayah kita?
Apakah kita selalu membantu Ayah kita?
Apakah kita selalu mencintai Ayah kita?
Apakah kita selalu memikirkan bagaimana Ayah kita memperjuangkan keluarga?

Betapa Ayah seorang pahlawan yang harus di contohi..

1. Ayah ingin anak-anaknya punya lebih banyak kesempatan daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesulitan, tanpa bergantung pada siapapun - (tapi) selalu mengharapkan kehadirannya.

2. Ayah membiarkan kita menang dalam permainan ketika kita masih kecil, tapi dia tidak ingin kita membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah selalu tepat janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang teman, meskipun ajakan kita untuk pergi sebenarnya lebih menyenangkan.

4. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan teman-teman mereka, kerana dia sedar itu adalah akhir masa kecil mereka.

6. Ayah mulai merencanakan hidup kita bila ia tahu bahwa mak mengandungkan kita.

7. Ayah membantu membuat impian kita jadi kenyataan bahkan diapun mampu meyakinkan kita untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah ia melepaskanya.

8. Ayah mungkin tidak tahu jawapan segala sesuatu, tapi ia membantu kamu mencarinya.

9. Ayah benar-benar suka membantu seseorang, tapi ia sukar meminta bantuan.

10. Ayah di dapur. Membuat memasak seperti penjelajahan ilmiah. Dia punya rumus-rumus dan formula masakannya sendiri, dan hanya dia sendiri yang mengerti bagaimana menyelesaikan persamaan-persamaan rumit itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidak terlalu mengecewakan"

11. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh,gosok-gosok kita ketika masih muda, tapi ia amat menyanyangi kita.

12. Ayah paling tahu bagaimana menhayun ayunan buaian cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.

13. Ayah sangat suka membelikan kita makanan selepas ia pulang kerja, walaupun dia tak dapat sedikitpun bahagian dari makanan itu

14. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya

15. Ayah akan memberi kita tempat duduk terbaik dengan mengangkat kita dibahunya.

16. Ayah tidak akan memanjakan kita ketika kita sakit, tapi ia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kita pada saat tu amat memerlukannya.

17. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri, jadi dia tidak mahu memberitahu kita apa yang harus kita lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.

18. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerena itu dia selalu lebih awal menunggu kita.

19. Ia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar ia boleh memberikan apa yang kita mahukan.

20. Ia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kita ingin bicara.

21. Ia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran pembelajaran kita tiap tahun dan semester, meskipun kita tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.

22. Ayah jarang sekali marah, kecuali kalau dengar ada anak lelakinya menghisap rokok dikamar mandi.

23. Ayah mengatakan "tidak apa-apa mengambil sedikit risiko" kerana tidak sanggup kehilangan apa yang kita harapkan"

24. Ayah lebih bangga pada prestasi kita, daripada prestasinya sendiri.

25. Ayah hanya akan menyalami kita ketika pertama kali kita pergi merantau meninggalkan rumah, kerana kalau dia sampai memeluk mungkin ia sukar melepaskan kita.

26. Ayah tidak suka menitiskan air mata .... ketika kita lahir dan dia mendengar kita menangis untuk pertama kalinya,dia sangat suka hati sampai terkeluar air dari matanya 

27. ketika kita masih kecil, ia akan memeluk kita untuk mengusir rasa takutmu...ketika kita mimpi akan dibunuh jembalang.

28. tapi.....ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantau tak memberi khabar selama hampir satu bulan.

29. Ayah pernah berkata :" kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi pergilah dan pesanlah pada tukang besi yang mahir. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidup kita, jika kita ingin mendapatkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya"

30. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: "jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan
cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu"

31. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan :" jangan mengeluh kerana kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! suamimu yang lebih mampu
melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan posisi Ayah di hatimu"

32. Ayah berkeras, bahwa anak-anak kita kelak harus bersikap lebih baik daripada kita dulu.

33. Ayah mampu membuat kita percaya diri, kerana ia percaya pada kita.

34. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

35. Dan terpenting adalah... Ayah tidak pernah menghalangi kita untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kita dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintai kita kerana cintaNya.

jom kita sama2 baca Do'a Untuk Ayah kita...


Doa Untuk Ayah

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku.
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasehatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang mengharapkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang mengharapkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi UjianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu untuk mentarbiah kami
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

Amiin ya ALLAH....


ni la ayah cik minah....syg ayah sgt2...i ♥ dad...^_^








P/s : Hargailah ia sebelum ia meninggalkan kita.. ini pesanan cik minah untuk diri cik minah dan sayang2 cik minah ni...sayangilah AYAH kita  ^_^ 




Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

Ainan Tasneem (Aku Suka Dia)





Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

p/s: jom kite layan lagu ni... ^_^ #enjoyyyyyy...


Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

Sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat




jom kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!

harap2 cik minah n korang x cmni ekk...jgn amal kan tau...peace!!

1. Angkuh & Materialistik


Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.

2. Pasif Luar Biasa


Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.

3. Queen Control


Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!

4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri


“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.

5. Membebel &Mengeluh


Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.

6. Terlebih Berdandan


Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.

7. Bercerita Tentang Lelaki Lain


Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.

ni saje ye  yg cik minah leh share...
selamat beramal... ehhehe



Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

:Cinta Jarak Jauh:

Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Sebagai contoh, Nazri terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta. Teman wanitanya, Aina tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Nazri dan Aina membuat perjanjian untuk berhubung at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenal pasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.

2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi. Nazri yang berjauhan dengan teman wanitanya, dia sering menghabiskan masa dengan melayari internet sebagai hobi ataupun bermain futsal bila waktu lapang. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.

3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu. Sesekali gunakan cara tradisional dengan menghantar surat kepada pasangan anda berbanding berkomunikasi menggunakan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara

4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah.

5. Mempercayai Satu Sama Lain
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positif agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.


tapiiiiiii....YANG PENTING ::::::::::::::



sape setuju angkat tangan yeeeee!!!! take note bagi yang rasainya....hehhehe...cik minah pn sama...=p



Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

Jasa bonda.... happy mothers days....



Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Emak......

adik masih memerlukan petunjuk ke jalan kebahagian dunia dan akhirat, terima kasih mak kerana setia mengajar erti kekuatan untuk diri adik, restu dan doa emak untuk adik amat bermakna untuk adik..TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA ....JASA EMAK ADIK AKAN KENANG SAMPAI BILA2...KERANA KAU ADALAH IBUKU...




MOMMMY.......I LOVE U FOR ALL THAT YOU DO...I kiss you and hug you cause you love me too. you feed me and need me..to teach you play ,so smile cause i love u an this MOTHERS DAY...mommy I LOVE U...




Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

cinta ohhh cinta...

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ

~~~~~i love daDDY anD muMMY~~~~~

Dah tepat jam 3.44a.m..cik minah xbleh nk tido lg..knp??????haaaaa...cube korang teka...stdy????? (jauh panggang dr api  laaaaa lau bab cmni...heheheh) bergayut???berSMS/???? oooo..tak lahh....korang nie!!!! bukan cm2 la...think +ve ...okey!!!!! (koya bekeng a.k.a garang)...laaa...cik minah baik laa.....sebenarnya.........cik minah bukan stdy,bukan bergayut,dan juga bukan berSMS...tp cik minah rindukan ayah dan mak cik minah laaaa.... sedihhhh sgt....npe la mlm ni terfikirkan diorang...???.... biasalah kan.acik minah jauh ngn diorang..tiap2 hari mak cik minah call...2 yg jd cmni,,,adoiiii.....rindu ayahhhh...rindu makkkk.... =(


~~~~nie lah si jantung hati cik minah~~~~~~

Bila kita lihat alam dunia..
Bukan "KEKASIH" yang pertama yang mengiqamah n mgazankan kita ttp seorang leleaki yang digelar "AYAH"
Bila kita sakit dan terjaga malam bukan "KEKASIH" tolong tenangkan kita tetapi seorang perempuan yang digelar "EMAK"
Jadi tanpa KESABARAN mereka berdua membesarkan dan mendidik kita dari kecil lagi siapalah kita....


Tiada sape yang dapat dan mampu gantikan tempat mereka...
I LOVE  BOTH OF  YOU MUCH!!!!!




Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ