Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.
1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Sebagai contoh, Nazri terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta. Teman wanitanya, Aina tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Nazri dan Aina membuat perjanjian untuk berhubung at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenal pasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.
2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi. Nazri yang berjauhan dengan teman wanitanya, dia sering menghabiskan masa dengan melayari internet sebagai hobi ataupun bermain futsal bila waktu lapang. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.
3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu. Sesekali gunakan cara tradisional dengan menghantar surat kepada pasangan anda berbanding berkomunikasi menggunakan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara
4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah.
5. Mempercayai Satu Sama Lain
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positif agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.
tapiiiiiii....YANG PENTING ::::::::::::::
sape setuju angkat tangan yeeeee!!!! take note bagi yang rasainya....hehhehe...cik minah pn sama...=p
No comments:
Post a Comment